Sport

Piala FA: Penyokong Chelsea sudah mula rasa muak

MANCHESTER – Tekanan kian memuncak buat pengurus Chelsea, Graham Potter selepas di­belasah Manchester City 4-0 pada pusingan ketiga saingan Piala FA yang berlangsung di Etihad awal pagi semalam.

POTTER berdepan tekanan yang tinggi selepas Chelsea tersingkir daripada saingan Piala FA. – AFP

Lebih parah, keputusan itu menyaksikan The Blues tersingkir buat kali pertama di pusingan ketiga dalam kejohanan tersebut sejak kempen 1997/98, sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Chelsea turut meluahkan kekecewaan pada perlawanan tersebut apabila melaungkan nama bekas pengurus, Thomas Tuchel serta pemilik terdahulu, Roman Abramovich.

“Keputusan begini dalam tempoh masa singkat bukanlah satu perkara yang positif. Anda boleh berikan macam-macam alasan, namun ia boleh menjadi sesuatu yang tidak baik untuk pasukan.

“Apa yang jelas adalah kami sedang menderita dan ia bukan perkembangan baik untuk kelab. Bagaimanapun, harus diakui itulah keadaan sebenar yang sedang dialami Chelsea,” kata bekas pengendali Brighton itu.

Pada perlawanan tersebut, City menjaringkan empat gol menerusi dua jaringan Riyad Mahrez serta masing-masing satu gol Julian Alvarez dan Phil Foden, manakala Chelsea hanya melakukan satu percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

Potter mengakui, beliau faham dengan kekecewaan yang diluahkan para penyokong memandang­kan Chelsea mengharungi aksi buruk apabila ha­nya mencatat satu kemenangan dalam lapan aksi terakhir.

“Kami faham mengenai kekecewaan penyokong, namun tiada apa yang boleh kami lakukan. Tugas pemain sekarang adalah untuk terus bekerja keras kerana mereka juga kecewa dengan si­tuasi semasa pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Source: kosmo.com.my

Related Posts

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…

Rory McIlroy shot leaves golf fans in awe after using his club backwards at BMW PGA

Rory McIlroy is back in action at this week’s BMW PGA Championship at Wentworth, and he showed why he is one of the world’s best players when using…

LIV Golf stars discover Ryder Cup fate as PGA explain controversial decision

The PGA of America have explained that LIV Golf players will be able to compete on Team USA at next year’s Ryder Cup where they will host the…

“Shirtless” Tiger Woods Impressed Mark O’Meara & Friend Once With His Surprising Display of Talent

What do you think about the bond between Tiger Woods and Mark O’Meara? O’Meara calls him “little brother” meanwhile they have also played alongside him for years. While…

Scottie Scheffler follows in Tiger Woods’ footsteps after caddie decision

Masters champion Scottie Scheffler has won more than $62 million in prize money alone this year – with his caddie Ted Scott needing an accountant due to his…

Rory McIlroy Ends Alleged Beef With Tiger Woods by Protecting Him From ‘Greed’ Allegations

The golf world has no shortage of topsy-turvy news right now, especially with the $3B merger looming over. As the PGA Tour-PIF merger talks have taken a contentious…